Bluboo X550 : Peranti Dengan Bateri 5300 mAh
Artikel Berkaitan

Bluboo X550 : Peranti Dengan Bateri 5300 mAh

Diterbitkan pada Mei 17, 2015 oleh .

Di Malaysia Leagoo Lead 7 ialah telefon pintar dengan kapasiti bateri tertinggi iaitu 4500 mAh. Kini muncul pencabar baru juga dari China iaiatu Bluboo X550. Peranti berskrin 5.5″ ini dilengkapi bateri berkapasiti 5300 mAh. Menurut mereka anda boleh menggunakannya selama empat hari sebelum perlu dicas semula. Spesifikasinya sederhana iaitu pemprose sempat teras Meadiatek 6735, 2GB RAM dan 16 GB muatan dalaman (MikroSD sehingga 64 GB) . Kemampuan optik pula ialah kamera utama 8 Megapixel dan kamera hadapan 2 Megapixel. Bluboo X550 turut menyokong sistem pengecasan pantas PumpExpress Plus yang boleh mengecas bateri sehingga 50% kapasiti dalam masa 40 minit.  Dengan bateri bersaiz besar, X550 turut boleh menjadi power bank kepada peranti lain. Seperkara lagi yang menarik ialah ia menggunakan Android 5.1 Vanilla tanpa antaramuka pihak ketiga.

Peranti ini akan mula dijual pada bulan hadapan pada harga  $150 (RM 534). Tidak diketahui sama ada peranti dengan bateri kapasiti bateri gergasi ini akan memasuki pasaran Malaysia ataupun tidak. Jika ya adakah anda berminat?

bluboo-x550


TIPS & ULASAN