Trailer Pertama Untuk Filem Steve Jobs Diterbitkan – Akan Datang Oktober 2015 Ini

Trailer Pertama Untuk Filem Steve Jobs Diterbitkan – Akan Datang Oktober 2015 Ini

Diterbitkan pada Mei 18, 2015 oleh .

Steve Jobs merupakan salah seorang yang terkenal dalam dunia perkomputeran. Beliau telah memperkenalkan beberapa produk popular di dunia, dan salah satunya adalah iPhone dan iPad. Sejak beliau meninggal dunia, beberapa filem telah dirancang untuk dibangunkan, dan selepas filem jOBS yang ditayangkan beberapa tahun sebelum ini, kini filem dengan tajuk Steve Jobs bakal hadir ke pawagam pada tahun ini.

Steve Jobs

Menariknya, filem ini membawakan penulis daripada filem The Social Network, iaitu Aaron Sorkin, dan membawakan Michael Fassbender sebagai pelakon untuk watak Steve Jobs.

Melalui trailer pertama yang diterbitkan ini, ia memperlihatkan watak Steve Jobs di atas pentas untuk pengumuman produk baru – berkemungkinan iPhone.

Filem ini dijangka ditayangkan pada bulan Oktober ini, dan semestinya ramai yang meminati filem berkaitan perkomputeran atau biografi tidak akan meninggalkan peluang untuk menontonnya.


TIPS & ULASAN