Cari @ Amanz

Apabila anda membeli sebuah peranti mahal anda akan berbelanja sedikit lagi untuk membeli cangkerang. Ini bagi memastikan pelaburan yang baru anda lakukan tidak akan mudah rosak dan menimbul defisit negatif terhadap aliran wang anda di masa hadapan. Justeru itu pelaburan pada cangkerang tahan hentakan adalah kebiasaan bagi pengguna iPhone. Keseluruhan peranti dibalut dengan cangkerang getah seperti alat penghalang kehamilan yang boleh anda beli dari 7 Eleven.

icons-1

Tetapi sekiranya anda merasakan cangkerang tahan hentakan menyorokkan keindahan rekaan peranti baru anda, syarikat Corners4 mempunyai jalan penyelesaian kepada anda. Mereka menghasilkan Icons “cangkerang” minimalis untuk iPhone 6 dan 6 Plus. Ia terdiri daripada empat bumper sisi yang yang diperbuat daripada aluminium. Tiga rekaan boleh anda pilih. Forsaken berbentuk tengkorak kepala manusia. Dragon mempunyai rekaan kulit naga manakala Prism kelihatan seperti bongkah kristal.

Icons dipasang pada bucu peranti menggunakan sistem pelekat khas yang dibangunkan oleh syarikat 3M. Selain menyerap hentakan buku apabila peranti terjatuh. Icons juga mengelakkan lensa peranti dari tercalar apabila diletakkan di atas meja. Peranti turut boleh didirikan pada bahagian sisi untuk menonton video ataupun sesi Facetime. Ianya boleh anda miliki pada harga $45 satu set. Tetapi jika anda mahu berbelanja lebih terdapat versi saduran emas, perak dan bertatahkan delima yang dijual pada harga lebih borjuis.

icons-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd