Gerbang Waku Waku : Pintu Kereta Boleh Dibuka Dari Dua Arah Berlainan Rekaan Honda

Gerbang Waku Waku : Pintu Kereta Boleh Dibuka Dari Dua Arah Berlainan Rekaan Honda

Diterbitkan pada Mei 18, 2015 oleh .

Kereta Lambroghini terkenal dengan rekaan pintu yang terbuka seperti sayap kapal terbang. Rekaan pintu gunting ini sangat sinonim dengan Lamborghini sehingga nama lain yang diberikan kepada pintu ini ialah “pintu Lamborghini”. Ia memudahkan pemandu dan penumpang keluar daripada kereta mewah mereka. Selain Lamborghini, Mercedes Benz 300SL juga mempunyai rekaan pintu sayap burung camar yang ikonik. Seperti yang anda boleh lihat rekaan pintu unik ini kerap dijumpai pada kenderaan berprestasi tinggi.

WakuWaku

Tetapi Honda memperkenalkan rekaan Gerbang Waku Waku yang unik untuk MPV Stepwgn mereka. Pintu belakang Stepwgn boleh dibuka ke atas seperti pada sebuah kereta hatchback ataupun secara sisi seperti pintu kereta konvensional. Ini bagi memudahkan akses kepada ruang belakang kenderaan apabila diperlukan oleh pengguna. Waku Waku bermaksud “mengujakan” dalam bahasa Jepun. Kemampuan membuka pintu belakang dengan dua cara berbeza pastinya mengujakan pemilik MPV ini. Buat masa ini rekaan Gerbang Waku Waku hanya akan digunakan pada model Stepwgn. Apakah pendapat anda mengenai rekaan pintu dua dalam satu pada MPV seperti ini? Inovasi ataupun rekaan gila yang hanya boleh difikirkan oleh warga Jepun?

WakuWaku-1

 


TIPS & ULASAN