Carian
Google Akan Menamatkan YouTube Collections Pada 20 Mei Kelak
May 18, 2015 Aman

Pada YouTube, terdapat beberapa fungsi khusus untuk memudahkan penggunaannya, dan salah satunya adalah YouTube Collections. Menggunakannya, ia membolehkan pengurus sesuatu saluran untuk membuat playlist dengan memilih video-video untuk dihimpunkan pada sesuatu kumpulan sama, dan memudahkan kategori video pada sesuatu saluran.

YouTube Collections

Kini, nampaknya fungsi tersebut akan ditamatkan, dan Google telah mula memaparkan notis mengatakan fungsi tersebut akan ditamatkan pada 20 Mei 2015 ini.

Google biasa mengambil langkah ini jikalau angka penggunaan sesuatu fungsi adalah terlalu rendah, atau tidak digunakan ramai. Google mengatakan akan memfokuskan usaha kepada fungsi-fungsi lain pada YouTube dengan tamatnya fungsi YouTube Collections ini.

Komen