Cari @ Amanz

Huawei merupakan salah satu pengeluar peranti terkemuka di pasaran, dan mereka sedia menawarkan beberapa peranti menarik di pasaran. Paling terbaru, Huawei telah melancarkan Huawei P8 pada pasaran global, dan dijangka akan melancarkan ia untuk pasaran Asia Tenggara pada awal Jun ini.

Huawei P8

Mereka telah mula menggunakan Android untuk suatu jangka masa yang panjang, malah turut membangunkan antaramuka mereka tersendiri, dinamakan EmotionUI atau EMUI.

Terkini, sebuah laporan baru hadir mengatakan Huawei sedang membangunkan sistem operasi mereka tersendiri dinamakan Kirin OS. Untuk makluman, Kirin merupakan nama cip pemprosesan mereka, dan ia dilihat mungkin dioptimasikan untuk cip pemprosesan tersebut.

Apakah fungsi yang bakal dibawakan olehnya masih tidak diketahui. Dan ia juga masih menjadi tanda tanya sama ada Kirin OS ini akan menggunakan kod yang dibangunkan sendiri oleh Huawei, ataupun berasaskan kepada Android seperti ColorOS, Cyanogen OS, dan beberapa yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd