Cari @ Amanz

Facebook pada acara F8 yang lepas telah membuka Facebook Messenger sebagai sebuah platform, sekaligus membolehkan para pembangun membangunkan aplikasi dan menawarkan ia kepada pengguna perkhidmatan permesejan tersebut. Kini, mengikut laporan terbaru, Facebook dikatakan turut merancang menambah sokongan permainan pada perkhidmatan Messenger.

Facebook dilaporkan telah mula berbincang dengan beberapa pembangun permainan untuk membangunkan aplikasi yang mesra untuk dimainkan didalam aplikasi Facebook Messenger.

Buat masa ini, Facebook masih lagi pada peringkat awal, dan tidak diketahui bilakah sokongan permainan ini akan diimplementasikan sepenuhnya.

Idea permainan pada aplikasi permesejan bukan sesuatu yang baru. Sejumlah aplikasi lain, seperti LINE, WeChat dan Viber telah pun menyertakan sokongan tersebut, membolehkan bukan sahaja bermain dalam aplikasi, tetapi pada masa yang sama menjadikannya lebih sosial lagi.

Memandangkan Facebook kini merupakan perkhidmatan sosial paling besar didunia, jika Facebook turut menyertai arena sama, ia dijangka akan memberikan impak yang besar, sekaligus mengalakkan lebih ramai membangunkan permainan ringkas untuk dimainkan dalam perkhidmatan permesejan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd