Cari @ Amanz

LG hari ini secara rasminya memperkenalkan dua lagi peranti baru dibawah keluarga G4, iaitu LG G4 Styls dan juga LG G4c. Kedua-duanya membawakan rekaan yang lebih kurang sama seperti LG G4, dan pada masa yang sama membawakan fungsi-fungsi yang disertakan pada peranti flagship mereka tersebut.

LG G4 Styls merupakan telefon bersaiz 5.7-inci yang hadir dengan sokongan Stylus. Ia ditujukan kepada mereka yang gemarkan untuk mengambil nota atau melakar menggunakan telefon pintar mereka.

Sementara LG G4c adalah peranti bersaiz mini, dimana membawakan skrin bersaiz 5.0-inci, berbanding 5.5-inci yang dibawakan oleh LG G4.

LG G4 Stylus

Dari segi spesifikasi, LG G4 Stylus membawakan cip pemprosesan empat-teras, memori 1GB RAM, ruangan storan 8GB, serta bateri berkapasiti 3000mAh. Ia turut hadir dengan kamera belakang 13-megapixel, serta kamera hadapan 5-megapixel. Pihak LG turut menyertakan sebuah variasi versi 3G sahaja yang membawakan kamera belakang 8-megapixel serta cip pemprosesan lapan-teras.

Untuk LG G4c pula, ia membawakan cip pemprosesan 1.2-Ghz empat-teras, memori 1GB RAM, ruangan storan 8GB, kamera hadapan 5-megapixel serta kamera belakang 8-megapixel.

LG G4c

Kedua-duanya dijana menggunakan Android 5.0 Lollipop, serta menggunakan antaramuka khusus LG. Fungsi seperti Knock Code, Glance View serta fungsi Laser Autofocus turut disertakan pada peranti ini.

Kedua-dua peranti ini akan mula dijual di beberapa buah negara dalam beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd