Maxis Ingin Menerima Sebarang Telefon Pada Kadar Minimum RM200 Melalui Program Tukar-Ganti iPhone 6

Maxis Ingin Menerima Sebarang Telefon Pada Kadar Minimum RM200 Melalui Program Tukar-Ganti iPhone 6

Diterbitkan pada Mei 19, 2015 oleh .

Maxis mempunyai beberapa program tukar-ganti untuk naik-taraf ke beberapa pakej terpilih, termasuk untuk iPhone. Terkini, mereka dilihat telah mengemaskini penawaran mereka, dan kini menjadikannya lebih menarik berbanding sebelum ini.

Melalui program tukar-ganti yang terbaru, Maxis ingin menerima sebarang telefon pada kadar minima RM200, dan terdapat beberapa peranti yang diterima pada kadar yang lebih tinggi bergantung kepada jenis telefon dan keadaannya.

Maxis iPhone 6 TradeUp

Menariknya mengenai program ini adalah penerimaan sebarang telefon, membolehkan anda menaik-taraf telefon sedia ada anda yang boleh diaktifkan dan diakses IMEI-nya.

Maxis turut mengatakan mereka turut menerima telefon dengan skrin yang retak – asalkan skrinnya boleh diaktifkan. Perkara ini mungkin digemari ramai, terutamanya jika anda mempunyai telefon dengan skrin retak yang tiada penjual ingin menerimanya.

Maxis iPhone 6 TradeUp

Apa pun, seperti biasa, jika anda memilih untuk menyertai program tukar-ganti ini, anda akan diperlukan untuk mendaftar pakej MaxisONE Plan dengan kontrak selama 24 bulan lamanya.

Jadi, apa kata anda berkenaan program tukar-ganti daripada Maxis ini?


TIPS & ULASAN