Permainan Need For Speed Baru Bakal Diperlihatkan Pada Minggu Ini

Permainan Need For Speed Baru Bakal Diperlihatkan Pada Minggu Ini

Diterbitkan pada Mei 19, 2015 oleh .

Need For Speed merupakan salah satu permainan lumba kereta yang mempunyai ramai peminat – apatah lagi dengan pengenalan filem khusus untuknya sendiri sebelum ini. Pada tahun ini, EA dijangka akan melancarkan permainan terbaru dibawah siri berkenaan, dan info pertama mengenainya dijangka dikongsikan pada minggu ini.

Pembangun sebalik Need for Speed telah mula mempromosikan mengenainya, dan meminta para peminat mereka melanggan ke saluran YouTube untuk menjadi antara yang terawal melihat permainan terbaru berkenaan.

EA pada tahun lepas tidak memperkenalkan sebarang permainan baru dibawah genre Need for Speed, sekaligus menjadikan permainan baru ini dinantikan ramai peminat permainan berkenaan.

Permainan baru ini dijangka ditawarkan untuk konsol utama dan PC, dan dijangka hadir pada suku keempat 2015 ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut berkaitan permainan ini pada minggu ini.


TIPS & ULASAN