Kerajaan Russia Dilaporkan Akan Membangunkan Sistem Operasi Peranti Pintar Mereka Sendiri

Kerajaan Russia Dilaporkan Akan Membangunkan Sistem Operasi Peranti Pintar Mereka Sendiri

Diterbitkan pada Mei 19, 2015 oleh .

OS-russiaNovel risikan dan pengintipan kerap memaparkan plot maklumat rahsia sesebuah negara dicuri melalui proses godaman. Siri Ryanverse oleh mendiang Tom Clancy pernah meramalkan sistem operasi kilang memproses nadir bumi dicuri oleh Korea Utara menggunakan telefon pintar. Realiti sebenarnya tidak jauh dari apa yang tercetak di dalam novel fiksyen. Masalah pencurian teknologi rahsia menggunakan perisik ala Jason Bourne memang telah wujud sejak Perang Dunia Pertama. Penggunaan telefon pintar semakin memudahkan risikan dan ini menyebabkan beberapa kerajaan Russia menjadi paranoid.

Kini terdapat laporan kerajaan Russia akan membangunkan sistem operasi peranti pintar mereka sendiri. Ini adalah kerana mereka risau sistem operasi Android dan IOS yang wujud sekarang dikuasai oleh Amerika Syarikat. Mereka yakin terdapat jalan belakang yang boleh dieksploitasi oleh badan risikan negara luar bagi mengintip rahsia Russia. Pelik sekali mereka mendapatkan bantuan daripada Jolla, syarikat yang mengeluarkan Sailfish OS yang berpangkalan di Finland untuk membangunkan sistem operasi ini.

Dengan wujudnya sistem operasi buatan tempatan ini mereka berharap kemampuan risikan menggunakan peranti pintar dapat dihapuskan. Mereka berharap dalam masa 10 tahun sistem operasi ini akan menjadi pilihan 50% pengguna Russia. Disamping mengawal rahsia negara, sistem operasi ini juga akan memberi peluang kepada pembangun aplikasi tempatan untuk mensasarkan pengguna senegara.

 

 


TIPS & ULASAN