Candy Crush Dan Clash of Clans Merupakan Permainan Popular Dikalangan Pengguna Android Di Malaysia

Candy Crush Dan Clash of Clans Merupakan Permainan Popular Dikalangan Pengguna Android Di Malaysia

Diterbitkan pada Mei 19, 2015 oleh .

Permainan pada peranti mudah-alih semakin popular dari hari ke hari, malah ia turut memberikan persaingan sengit kepada platform permainan lain, memandangkan hampir semua orang mempunyai telefon pintar sebagai alat komunikasi, dan ia lebih mudah menyasarkan peranti yang digunakan meluas untuk menawarkan kandungan permainan.

Berkongsi mengenai trend semasa ketika Casual Connect Asia, pihak AppAnie yang memantau statistik aplikasi telah berkongsi mengenai permainan-permainan popular dikalangan pengguna Malaysia – terutamanya yang menggunakan platform Android.

Casual Connect Asia

Melalui statistik yang dikongsikan, di Malaysia, Candy Crush Saga adalah yang paling popular, dan diikuti dengan permainan Clash of Clans. Secara teknikalnya, memandangkan permainan Candy Crush bercorak lebih kasual berbanding permainan Clash of Clans yang bercorak strategi, maka ia tidak mustahil untuk melihatnya pada tangga yang lebih tinggi.

Pada masa yang sama, ia juga dilihat wang yang dibelanjakan pada aplikasi turut meningkat dari hari ke hari – apatah lagi ramai tidak kisah untuk belanja akan wang kurang RM10 untuk membuat pembelian-dalam-aplikasi.


TIPS & ULASAN