Apple Turut Mengemaskini iMac 27-inci Dengan Skrin 5K – Harga Bermula RM7499

Apple Turut Mengemaskini iMac 27-inci Dengan Skrin 5K – Harga Bermula RM7499

Diterbitkan pada Mei 19, 2015 oleh .

iMac 27″ retina dengan skrin 5K  (5210×2880 pixel) memasuki pasaran negara Oktober tahun lalu dengan harga melebihi RM 8000. Ini mungkin harga yang tertalu mahal bagi kebanyakkan pengguna. Hari ini selain mengemaskini model MacBook Pro Retina 15″ dengan Force Touch, iMac 27″ 5K juga menerima kemas kini modelnya tersendiri. Kini terdapat pilihan model dengan pemproses 3.3GHz empat teras Intel Core i5, RAM 8GB, muatan dalaman 1TB dan kad grafik AMD Radeon R9 M290 (2GB RAM). Ini adalah spesifikasi yang lebih rendah berbanding model sebelum ini. Harga jualannya pula ialah RM 7499.

Ini juga menjadikannya lebih kurang RM 1000 lebih murah berbanding model sebelum ini. Masih lagi belum jatuh kepada harga mampu milik tetapi di dalam dunia serba kegawatan segala jenis penjimatan yang boleh dilakukan adalah sangat dihargai.

Imac-5K


TIPS & ULASAN