Beberapa minggu sebelum ini, Instagram telah melancarkan sebuah aplikasi khusus dinamakan Layout, membolehkan para pengguna untuk menambah dan menyusun lebih daripada satu gambar dalam satu imej, sebelum ia dikongsikan ke laman sosial – terutamanya Instagram. Ketika pengenalan, ia hanya khusus untuk pengguna iPhone sahaja, dan kini ia turut diperkenalkan kepada pengguna Android.
Melalui aplikasi ini, pengguna boleh memilih gambar-gambar yang ingin dihimpunkan dalam suatu imej yang sama, dan ia akan menyusunnya mengikut beberapa pilihan pra-tetapan yang telah tersedia.
Pengguna turut boleh membuat beberapa perubahan seperti menjadikan gambar terbalik, atau terpantul, supaya menjadikan imej akhir lebih menarik lagi sebelum ia dikongsikan ke perkhidmatan sosial.
Langkah pengenalan Instagram ini mungkin memudahkan mereka yang inginkan aplikasi untuk menjadikan gambar dalam bentuk kolaj dengan mudah, dan tidak lagi perlu bergantung kepada aplikasi pihak ketiga.
Bagi pengguna Android, anda boleh memuat-turun aplikasi Layout ini secara percuma hari ini dan menggunakannya dalam menyusun lebih daripada satu gambar sebelum ia dikongsikan ke laman sosial.
- Muat-Turun Layout untuk Android