Syarikat Disebalik WordPress Mengambil-Alih WooCommerce – Pemalam Terkenal Untuk E-Dagang

Syarikat Disebalik WordPress Mengambil-Alih WooCommerce – Pemalam Terkenal Untuk E-Dagang

Diterbitkan pada Mei 20, 2015 oleh .

Automattic merupakan syarikat disebalik CMS terkenal dunia, iaitu WordPress. Mereka sebelum ini telah mengambil-alih beberapa syarikat menarik, dan hari ini mereka mengambil-alih WooCommerce, yang mana merupakan syarikat popular disebalik pemalam dan tema yang mengubah penggunaan WordPress kepada e-dagang atau kedai-dalam-talian.

Automattic WooCommerce

Sejumlah besar web e-dagang berasaskan kepada WordPress telah pun menggunakan WooCommerce dalam pembangunan mereka, dan dengan pengambil-alihan ini, ia memperlihatkan fokus pihak Automattic dalam turut menyokong kebolehan WordPress untuk mengubah CMS berkenaan kepada web e-dagang dengan lebih mudah lagi. Dengan pengambil-alihan ini, ia juga berkemungkinan besar kita akan dapat melihat penawaran langganan berbayar mereka untuk memudahkan pembangunan kedai-atas-talian dengan lebih mudah, dan membawa integrasi e-dagang ke WordPress dengan lebih menyeluruh lagi.

Automattic menyasarkan untuk selesai pengambil-alihan WooCommerce ini dalam masa lebih kurang sebulan lagi. Apakah harga pengambil-alihannya tidak dikongsikan, tetapi dikatakan sekitar $30 juta.


TIPS & ULASAN