Cari @ Amanz

Sony telah memperkenalkan Xperia Z4 Tablet ketika acara Mobile World Congress 2015 yang lepas, dan kini nampaknya Sony Malaysia dalam perancangan untuk memperkenalkan tablet berkenaan untuk pasaran tempatan. Melalui sebuah gambar teaser yang diterbitkan pada laman rasmi Sony Malaysia, mereka memperlihatkan tablet berkenaan akan hadir, selain dua telefon pintar baru.

Xperia Teaser

Sony Xperia Z4 Tablet merupakan tablet terkini daripada Sony yang hadir dengan skrin bersaiz 10.1-inci dan rekaan yang nipis dan ringan untuk digunakan. Ia turut dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 810, sokongan rangkaian LTE, kamera hadapan 5.1-megapixel, serta kamera belakang 8-megapixel.

Beberapa fungsi khusus tablet turut disertakan, termasuk kebolehan untuk berubah kepada mod mesra papan kekunci apabila dihubungkan ke aksesori khusus. Sony turut mengatakan ia akan membawakan masa bertahan bateri yang lama, selain turut dilengkapi ciri-ciri kalis air dan debu seperti versi sebelumnya.

Selain daripada tablet, Sony juga dijangka akan memperkenalkan dua telefon pintar berasaskan Android dibawah keluarga Xperia untuk pasaran Malaysia dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd