Audi Memperkenalkan Basikal Yang Sangat Ringan – Kerangkanya Lebih Ringan Daripada Lima iPhone 6 Plus

Audi Memperkenalkan Basikal Yang Sangat Ringan – Kerangkanya Lebih Ringan Daripada Lima iPhone 6 Plus

Diterbitkan pada Mei 20, 2015 oleh .

Audi merupakan pengeluar kenderaan mewah terkemuka dunia, dan terkni mereka telah pun memperlihatkan rekaan basikal terkini mereka, yang mana merupakan basikal yang sangat-sangat ringan berbanding pelbagai basikal lain di pasaran. Basikal yang dinamakan sebagai Audi Sport Racing Bike ini, membawakan kerangka yang hanya seberat 790 gram sahaja.

Jikalau dibandingkan, kerangkanya lebih ringan daripada 5 iPhone 6 Plus, menjadikan ia mudah untuk diusung untuk dibawa ke mana-mana. Secara keseluruhan, basikal ini seberat hanya 5.8 kilogram.

Audi Sport Racing Bike

Audi menggunakan bahan carbon-fiber khusus untuk kerangkanya, dinamakan sebagai T100 – yang mana turut digunakan pada kenderaan lumba keluarag Audi.

Audi hanya akan mengeluarkan 50 basikal ini sahaja untuk pasaran seluruh dunia, dan ia membawakan harga sekitar $19650 untuk sebuah (sekitar ~RM71,000).


TIPS & ULASAN