Bose Menghasilkan Sistem Audio Khas Untuk Kereta Tanpa Bumbung

Bose Menghasilkan Sistem Audio Khas Untuk Kereta Tanpa Bumbung

Diterbitkan pada Mei 20, 2015 oleh .

Memandu kenderaan yang tidak berbumbung ialah pengalaman yang menyeronokkan. Terasa lebih bebas dengan deruan angin yang kuat apabila kenderaan memecut pantas. Tetapi kekurangan kenderaan tanpa bumbung selain hujan yang boleh turun bila-bila masa di Malaysia ialah anda tidak boleh mendengar sistem audio dengan baik. Deruan angin dengan mudah membuatkan lagu yang dimainkan tidak lagi kedengaran

Bose_UltraNearfield™-headrest_speakers

Oleh sebab itu syarikat audio ternama Bose menghasilkan sistem audio khas untuk kereta jenis cabriolet. Dua buah pembesar suara 50mm diletakkan di dalam kerusi kenderaan berhampiran kepala. Sistem Bose Audiopilot kemudian akan menganalisa bunyi luaran sebelum menetapkan tahap audio yang terbaik untuk pemanduan tanpa atap. Sebuah mikrofon dipasang di dalam kabin bagi membolehkan Audiopilot menganalisa tahap gangguan bunyi bising di dalam kabin sepanjang masa. Sistem audio terkini ini pertama kali akan digunakan di dalam Mazda Miata 2016.


TIPS & ULASAN