Sprite : Dron Udara Kompak Tahan Lasak Dengan Rekaan Kipas Berganda Sepaksi

Sprite : Dron Udara Kompak Tahan Lasak Dengan Rekaan Kipas Berganda Sepaksi

Diterbitkan pada Mei 20, 2015 oleh .

Sprite-Dron-1

Penggiat dron semakin ramai dan baru semalam ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan Polis Diraja Malaysia akan menubuhkan unit dron mereka sendiri. Dron PDRM akan digunakan bagi pemantauan kawasan perumahan bagi mengurangkan kadar jenayah. Menurut beliau setiap dron boleh memantau kawasan yang lebih luas berbanding unit polis yang sedia ada.

Tiada maklumat tentang berapa banyak dan jenis dron yang akan digunapakai. Oleh sebab itu kami rasakan dron Sprite di bawah mungkin boleh disenarai pendekkan oleh pihak PDRM. Kelebihan Sprite ialah ianya sebuah dron bersaiz kompak dan mempunyai ciri tahan lasak. Ianya kalis air dan boleh terapung di permukaan air. Sprite hanya mempunyai dua pasang kipas yang berpusing secara kontra pada paksi yang sama. Dengan penggunaan kipas yang sedikit, Sprite  juga tidak memerlukan jumlah motor elektrik yang banyak. Ini sekaligus mengurangkan penggunaan bateri dan paling penting sekali mengurangkan bunyinya ketika operasi. Ini adalah penting bagi sebuah dron yang digunakan untuk tujuan pemantauan polis.

Apabila selesai digunakan bilah kipas Sprite akan terlipat dengan sendiri. Keseluruhan dron terlipat dengan baik menjadi bentuk silinder. Tidak perlu risau bilah kipas akan patah ataupun memerlukan ruang yang banyak di dalam kenderaan jika dibandingkan dengan dron DJI Phantom yang sangat popular sekarang.  Sistem kamera dengan rakaman 1080P terbina terletak pada bahagian bawah Sprite, tidak perlu membeli kamera GoPro secara berasingan seperti sistem dron yang lain. Sprite masih mengumpul dana dan dijual pada harga $779 sebuah.

Sprite-Dron-2


TIPS & ULASAN