Kedai Microsoft Kedua Akan Dibuka Di Sunway Pyramid Pada 23 Mei – Turut Mempertontonkan Fungsi Windows 10

Kedai Microsoft Kedua Akan Dibuka Di Sunway Pyramid Pada 23 Mei – Turut Mempertontonkan Fungsi Windows 10

Diterbitkan pada Mei 20, 2015 oleh .

Microsoft Malaysia telah membuka kedai Microsoft mereka yang pertama, dilabelkan sebagai “Microsoft Authorized Reseller Store” di KLCC beberapa minggu yang lepas. Selain daripadanya, Microsoft turut telah mengatakan akan memperluaskan lagi penawaran kedai seumpamanya, dan kini kedai yang kedua akan dibuka di Sunway Pyramid.

Microsoft Authorized Reseller Store di Sunway Pyramid ini akan turut sama membawakan pengalaman penggunaan pelbagai produk Microsoft, termasuk mempertontonkan Windows Phone, Surface, Office 365, Windows, dan juga telefon dibawah keluarga Asha. Pelbagai aksesori daripada pihak ketiga turut akan diperlihatkan, selain latihan dan bantuan untuk pengguna.

Microsoft Store

Menariknya, Microsoft Malaysia turut mengatakan mereka akan memperlihatkan Windows 10 Preview di kedai mereka ini, membolehkan pengguna mencuba sendiri sejumlah fungsi baru yang akan hadir ke Windows 10.

Beberapa promosi khusus turut diadakan bersempena dengan pembukaannya, termasuk Monster Headphone percuma untuk 30 pembeli pertama yang membeli sebarang telefon Lumia atau Surface. Microsoft turut mengatakan semua pembeli Surface Pro 3 ketika hari pertama pembukaannya akan menerima Surface Pro 3 Type Cover secara percuma.


TIPS & ULASAN