Cari @ Amanz

Semasa masih belum mumayyiz kami bernasib baik kerana ibu bapa kami mampu membelikan konsol permainan video katrij seperti Atari 6200, SNES dan Megadrive. Selepas berpuluh tahun mengumpul debu kesemua konsol klasik yang kami miliki tidak lagi berfungsi. Yang tinggal hanyalah katrij-katrij permainan yang tidak mempunyai konsol untuk dimainkan. Oleh itu konsol Retro Freak yang menggabungkan 11 konsol berasaskan katrij klasik ini sangat mengujakan kami.

Retro-Freak-1

Retro Freak mampu memainkan katrij dari Nintendo Famicom, Super Nintendo Entertainment System, Super Nintendo Entertainment System (NTSC / PAL), Game Boy, Game Boy Color, Game Boy Advance, Mega Drive (NTSC / PAL) , GENESIS ,PC engine ,TurboGrafx-16 dan PC Engine Super Graphics. Perisian emulator Retro Freak bukan sahaja mampu memainkan kesemua permainan dari konsol berbeza malah menyokong kesemua jenis pengawal permainan asal konsol-konsol ini. Pengawal permainan konsol moden seperti PlayStation 4 juga disokong.

Sekiranya anda tidak mempunyai katrij asal, ROM boleh dimainkan Retro Freak menggunakan kad MikroSD. . Bagi memastikan mata anda tidak sakit melihat grafik era 80an, sokongan upscaling grafik kepada 720P dengan sambungan kabel HDMI mampu dilakukan.Pendek kata ini ialah konsol impian penggemar permainan video retro. Buat masa ini Retro Freak hanya dijual di negara Jepun tetapi harga masih belum diumumkan.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd