Sharp Aquos Xx Dan Sharp Aquos Crystal 2 – Telefon Pintar Tanpa Bezel Terbaru Daripada Sharp

Sharp Aquos Xx Dan Sharp Aquos Crystal 2 – Telefon Pintar Tanpa Bezel Terbaru Daripada Sharp

Diterbitkan pada Mei 20, 2015 oleh .

Sharp pada tahun lepas telah membuat kejutan dengan memperkenalkan telefon pintar tanpa bezel (bingkai pada bahagian tepi yang nipis), sekaligus membuatkan ramai yang meminati rekaan dan penawaran pihak Sharp. Terkini, mereka turut mengemaskini penawaran, dan memperkenalkan dua lagi telefon pintar baru dibawah keluarga Aquos dengan rekaan tanpa bezel, iaitu Sharp Aquos Xx dan juga Sharp Aquos Crystal 2.

Sharp Aquos Xx

Sharp Aquos Xx ialah peranti flagship daripada mereka, membawakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan resolusi 1920×1080 pixel, cip pemprosesan Snapdragon 810, memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB. Sharp turut menyertakan kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, serta bateri berkapasiti 3000mAh. Telefon dengan sokongan rangkaian LTE ini turut hadir dengan bateri berkapasiti 3000mAh.

Selain daripada Sharp Aquos Xx, satu lagi telefon pintar baru dengan rekaan tanpa bezel yang telah diperkenalkan oleh Sharp adalah Sharp Aquos Crystal 2. Ini merupakan kemaskini kepada peranti Aquos Crystal yang telah diperkenalkan pada 2011 yang lepas, dan membawakan spesifikasi pertengahan berbanding dengan Aquos Xx.

Sharp Aquos Crystal 2 ini membawakan skrin bersaiz 5.2inci dengan resolusi 1280×720 pixel, cip pemprosesan Snapdragon 400 1.2Ghz, memori 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, serta kamera hadapan 2.1-megapixel. Peranti ini turut dilengkapi dengan sokongan 4G LTE, dan membawakan rekaan bahagian tepi yang nipis berbanding kebanyakkan telefon pintar berspesifikasi pertengahan yang lain.

Sharp Aquos Crystal 2

Kedua-duanya hanya dilancarkan untuk pasaran Jepun sahaja buat masa ini. Sharp pernah dulu menawarkan peranti mudah-alih mereka untuk pasaran tempatan, tetapi tidak lagi seperti membawa masuk peranti-peranti baru ke Malaysia sejak daripadanya.


TIPS & ULASAN