Cari @ Amanz

Facebook telah memperkenalkan sokongan panggilan video pada perkhidmatan Facebook Messenger mereka pada penghujung bulan lepas. Namun, ketika pengenalan, ia hanya terhad kepada 18 buah negara sahaja, dan hari ini perkara tersebut berubah apabila pihak Facebook mula memperkenalkannya pada peringkat global.

Facebook Messenger Video Call

Facebook Messenger Video Call

Melalui fungsi panggilan video ini, seperti biasa, pengguna boleh membuat panggilan video kepada mana-mana rakan Facebook mereka dengan tap pada butang panggilan video didalam aplikasi Facebook Messenger di Android atau iOS.

Pengenalan fungsi panggilan video ini adalah berperingkat, dan pengguna boleh menikmatinya dengan mengemaskini kepada aplikasi Facebook yang terkini hari ini. Dengan pengenalan ini juga, Facebook akan bersaing dengan sejumlah penyedia perkhidmatan panggilan video lain di pasaran, termasuk antaranya adalah Skype, Google Hangouts, dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd