Cari @ Amanz

Oppo hari ini secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar mereka yang terkini dibawah keluarga Oppo R7, dimana ia hadir dalam dua variasi – iaitu bersaiz biasa yang dipanggil Oppo R7, selain bersaiz besar dipanggil Oppo R7 Plus.

Oppo R7

Oppo R7 membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080p, sementara Oppo R7 Plus pula membawakan skrin bersaiz 6-inci.Ia membawakan rekaan yang nipis, iaitu hanya setebal 6.33mm.

Kedua-duanya membawakan rekaan yang premium berasaskan logam – yang mana telah diguna-pakai pada Oppo R5 sebelum ini. Fungsi popular pengecasan pantas, iaitu Oppo VOOC turut disertakan, membolehkan pengguna mengecas bateri pada peranti dengan lebih pantas berbanding sejumlah pesaing yang lain di pasaran.

Dari segi spesifikasi, Oppo R7 hadir dengan cip pemprosesan 64-bit lapan teras dan memori sehingga 3GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, dan hadir dengan sokongan dwi-SIM hibrid 4G LTE.

Untuk rekaan, selain badan berasaska logam, pihak Oppo juga telah mengembalikan bahagian port audio-jack yang telah dibuang pada Oppo R5 sebelum ini. Tetapi pada masa yang sama, ia masih mengekalkan rekaan yang nipis berbanding pelbagai peranti lain di pasaran.

Oppo R7

Oppo R7

Oppo R7

Oppo R7

Oppo turut melengkapkan skrin hadapan dengan rekaan melengkung pada bahagian tepi, dinamakan sebagai kaca 2.5D.

Bahagian kamera turut diberikan perhatian, dimana seperti biasa, Oppo menyertakan beberapa fungsi khusus untuk rakaman gambar melalui PureImage 2.0+. Ia membolehkan pengguna merakamkan gambar dalam beberapa mod, termasuk RAW. Pada Oppo R7 juga, pengguna boleh merakamkan gambar dalam bentuk time-lapse, Super GIF, selain turut menggunakan pelbagai filter untuk gambar.

Untuk variasi Oppo R7 Plus, selain saiz skrinnya yang lebih besar, Oppo turut melengkapkan ia dengan bateri berkapasiti 4100mAh, serta sensor kamera RGBW yang merakamkan lebih banyak cahaya berbanding kamera lain. Oppo turut mengatakan ia dilengkapi sokongan autofokus laser untuk rakaman gambar – seperti pada LG G4, dan turut hadir dengan sokongan sensor pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Oppo R7

Oppo R7

Oppo R7 dan Oppo R7 Plus ini menggunakan ColorOS 2.1 yang dilihat berfungsi lebih lancar berbanding sistem operasi mereka sebelum ini – malah lebih pantas ketika boot berbanding dengan MIUI6 atau EMUI 3.0. Ia juga kini menyertakan paparan yang lebih mendatar – seperti yang diimplementasikan pada rekaan Material Design di Android 5.0 Lollipop.

Oppo R7 dan Oppo R7 Plus akan dijual di China pada harga masing-masing sekitar CNY 2499 (~RM1450) dan CNY 2999 (~RM1750). Pasaran Malaysia dijangka akan menerimanya dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd