Cari @ Amanz

Huawei, selain daripada penawaran peranti mudah-alih mereka, syarikat daripada China ini juga turut mempunyai penawaran menyeluruh untuk arena telekomunikasi dan rangkaian. Dengan perkembangan dunia peranti berhubung (IoT), mereka turut tidak ingin ketinggalan, dan kini telah memperkenalkan LiteOS dengan fokus terhadap IoT.

Huawei LiteOS

Lite OS ini dipromosikan oleh Huawei sebagai sistem operasi yang ringan dan kecil untuk digunakan bersama-sama peranti-peranti berhubung. Ia membawakan saiz hanya sekitar 10KB sahaja, serta membawakan beberapa fungsi seperti zero-configuration, serta auto-networking. Pelbagai jenis peranti boleh menggunakannya, termasuk dari segi pada peranti boleh-pakai sehinggalah peralatan rumah pintar, mahupun kenderaan berhubung.

Lite OS ini dikatakan memudahkan proses pembangunan, dan ia akan ditawarkan kepada semua pembangun untuk menggunakannya dalam pembangunan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd