Cari @ Amanz

Google sering hadir dengan beberapa eksperimen yang menarik, dan terkini mereka memperkenalkan sebuah projek baru dibawah Google Research, dinamakan sebagai Google Tone. Melaluinya, ia memfokuskan kepada perkongsian pautan diantara peranti lain menggunakan sokongan audio.

Google Tone ini merupakan sebuah pemalam untuk Chrome, dimana anda boleh klik untuk ia menghasilkan bunyi, dan komputer berdekatan lain yang mempunyai pemalam ini terpasang, boleh mendengar bunyi tersebut dan membuka pautan yang dihantar.

Google Tone

Ia mungkin kedengaran seperti tidak akan digunakan oleh orang ramai, tetapi terdapat beberapa situasi yang mana memperlihatkan sokongan Google Tone ini agak berguna. Sebagai contoh, sekiranya anda berada dalam bilik mesyuarat dan ingin berkongsi pautan dengan hadirin yang lain. Anda hanya perlu tekan butang Google Tone ini pada pelayar web Chrome anda, dan berkongsi ia kepada yang lain untuk membukanya – yang mana lebih mudah berbanding dengan menaip atau menghantar pautan melalui emel atau teks.

Percubaan kami sendiri memperlihatkan ia hanya berjaya selepas beberapa percubaan sahaja, dan bukannya berjaya pada percubaan pertama. Ini mungkin kerana ia masih lagi pada peringkat awal, dan mungkin Google

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd