Samsung Galaxy A8 Dikatakan Mungkin Menyertakan Pengimbas Cap Jari

Samsung Galaxy A8 Dikatakan Mungkin Menyertakan Pengimbas Cap Jari

Diterbitkan pada Mei 21, 2015 oleh .

Samsung telah memperkenalkan keluarga peranti Galaxy A pada awal tahun ini, dimana ia membawakan rekaan berasaskan bingkai logam, dan menyasarkan pasaran peranti dengan spesifikasi pertengahan. Ketika pengenalan, mereka telah memperkenalkan Galaxy A3, Galaxy A5, dan juga Galaxy A7. Kini, laporan baru hadir mengatakan Samsung turut akan memperkenalkan Galaxy A8 dalam masa terdekat.

Menariknya mengenai Galaxy A8 ialah ia dikatakan akan menyertakan sokongan pengimbas cap jari seumpama Galaxy S6, sekaligus menjadikan penawaran pengimbas cap jari diperkenalkan pada peranti berspesifikasi pertengahan. Disamping itu, selain rekaan berasaskan bingkai logam, kita juga akan dapat melihat penggunaan sokongan tema – seperti mana yang telah diperkenalkan pada keluarga peranti Galaxy A sebelum ini.

Dari segi spesifikasi, Galaxy A8 dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 5.7-inci Super AMOLED, cip pemprosesan Snapdragon 615, memori 2GB RAM, kamera belakang 16-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, serta bateri berkapasiti 3050mAh. Samsung turut dikatakan akan menyertakan Android 5.0 Lollipop – dan ia tidak diketahui sama ada akan menyertakan antaramuka TouchWiz seumpama Galaxy S6 ataupun sebaliknya.

Ia tidak lagi diketahui bilakah Samsung akan mengumumkannya secara rasmi, dan seperti biasa, harga jualannya kelak akan menjadikan ia penentu sama ada peranti ini akan menjadi pilihan ramai ataupun sebaliknya.

http://www.sammobile.com/2015/05/20/exclusive-samsung-galaxy-a8-sm-a800f-could-have-a-fingerprint-sensor-launch-in-asia-and-europe/


TIPS & ULASAN