Cari @ Amanz

Setiap syarikat gergasi teknologi sering bereksperimen dengan pelbagai perkara baru dalam memastikan mereka menawarkan sesuatu yang baru kepada para pengguna mereka. Terkini, Microsoft dilihat sedang membangunkan sebuah aplikasi yang memudahkan lagi komunikasi emel.

Aplikasi yang dipanggil sebagai “Flow by Outlook” ini dilihat akan diperkenalkan untuk iPhone terlebih dahulu, dan tidak mustahil untuk Microsoft turut memperluaskan penawarannya untuk pelbagai platform lain.

Daripada info yang tertiris, aplikasi Flow ini dilihat ingin memudahkan proses komunikasi, dimana ia menawarkan cara komunikasi berbentuk permesejan tanpa perlukan sebarang tajuk dan sebagainya – tetapi menggunakan alamat emel untuk tujuan komunikasi. Microsoft dilihat ingin memfokuskan kepada komunikasi dengan rakan-rakan terdekat melalui Flow ini, yang mana kebiasaannya anda tidak menggunakan kata panggilan formal dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Microsoft akan melancarkannya secara rasmi. Microsoft sebelum ini telah memperkenalkan klien Outlook untuk iPhone dan Android, yang mana menerima reaksi yang positif daripada para pengguna seluruh dunia. Perkara ini semestinya membuatkan ramai yang ternanti-nanti dengan apakah yang bakal dibawakan oleh “Flow untuk Outlook” ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd