Kini 79% Kawasan Di Lembah Klang Telah Diliputi Capaian 4G LTE Dari Digi

Kini 79% Kawasan Di Lembah Klang Telah Diliputi Capaian 4G LTE Dari Digi

Diterbitkan pada Mei 21, 2015 oleh .

Pada hari ini Digi pada satu acara di One Utama telah mengumumkan mereka telahpun meluaskan rangkaian 4G LTE di beberapa bandar utama di seluruh negara. Bagi kawasan Lembah Klang, mereka telah memperluaskan kawasan liputan mereka membolehkan lebih ramai pelanggan menikmati perkhidmatan internet laju. 

Menurut CEO Digi, Albern Murty mengatakan pada saat ini sebanyak 79% kawasan di Lembah Klang telah diliputi perkhidmatan 4G LTE mereka manakala 33% kawasan di seluruh Malaysia telahpun menerima perkhidmatan tersebut. Sehingga kini, perkhidmatan 4G LTE telahpun tersedia untuk Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuantan, Kota Kinabalu, Tawau, Labuan, Kuching, Miri, Bintulu, Kampar, Langkawi dan Port Dickson.

Untuk suku tahun berikutnya Digi akan menambahbaik infrastruktur perkhidmatan mereka termasuklah memperkenalkan pelan khusus beserta telefon dengan perkhidmatan 4G LTE pada harga mampu milik termasuklah pilihan dengan telefon pintar dibawah RM200.

Bersempena dengan pengumuman ini yang dibuat pada ulangtahun Digi ke-20, mereka turut mengadakan karnival dimana mereka yang mendaftar dengan Digi berpeluang untuk mendapatkan rebat pada pelan tertentu. Sekiranya anda berminat, mereka sedang mengadakan acara khusus di One Utama, Bandar Utama dan anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenainya di acara tersebut sehingga Ahad ini.


TIPS & ULASAN