Viber Memperkenalkan Sokongan Untuk Chromebook

Viber Memperkenalkan Sokongan Untuk Chromebook

Diterbitkan pada Mei 21, 2015 oleh .

Viber telah memperkenalkan sokongan perkhidmatan permesejan mereka untuk sejumlah platform operasi sebelum ini, dan hari ini mereka turut memperluaskan sokongan mereka untuk pengguna komputer riba berasaskan Chrome OS.

Viber

Pemalam khusus ini ditawarkan untuk Chrome OS sahaja, dan tidak boleh dipasang pada pelayar web Chrome. Menggunakannya, pengguna Chromebook boleh bersembang dengan rakan-rakan mereka seperti biasa, dan ia menawarkan pengalaman yang selari seperti versi yang terdapat pada versi desktop. Di Malaysia, Chromebook tidak begitu popular dikalangan pengguna umum, sebaliknya lebih tertumpu dikalangan pelajar – dan mungkin ini boleh digunakan sebagai salah satu perkhidmatan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan di sekolah yang lain.

Muat-Turun Viber untuk Chromebook


TIPS & ULASAN