LibreOffice 5.0 Akan Hadir Pada Bulan Julai 2015 – Beta Pertama Sedia Dicuba

LibreOffice 5.0 Akan Hadir Pada Bulan Julai 2015 – Beta Pertama Sedia Dicuba

Diterbitkan pada Mei 21, 2015 oleh .

LibreOfficeLibreOffice merupakan salah satu perisian sumber terbuka yang mana menawarkan fungsi aplikasi pejabat lebih kurang seperti Microsoft Office dan Open Office. LibreOffice ditawarkan bersama-sama sejumlah distro Linux, selain turut ditawarkan secara percuma untuk pengguna Windows dan juga Mac OS X.

Kini, bergerak selangkah ke hadapan, The Document Foundation – badan sebalik pembangunannya kini telah pun merangka perjalanan untuk versi seterusnya bagi LibreOffice, iaitu LibreOffice 5.0.

LibreOffice 5.0 dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung Julai 2015 ini dan kini versi beta pertama telah tersedia untuk diuji dan diberikan maklumbalas.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun versi beta pertamanya, dan menyertai sesi maklumbalas serta bug-hunt yang akan diadakan pada 24 Mei ini.


TIPS & ULASAN