Carian
Apple Dikatakan Mungkin Membawakan Sokongan Dwi-Paparan Aplikasi Untuk Multitasking Pada iOS9
May 22, 2015 Aman

Apple sebelum ini telah diura-ura akan memperkenalkan sokongan split-screen pada iOS8, tetapi ia dilihat ditangguhkan dan kini ia mungkin akan hadir sebagai sebahagian daripada iOS9 kelak. Apple sebelum ini dikatakan menangguhkannya kerana ingin lebih memfokuskan kepada iPhone 6 Plus dan juga Apple Watch.

Melalui fungsi split-screen ini, ia bakal memudahkan para pengguna membuat tugasan dengan membuka dua aplikasi pada waktu yang sama. Sebagai contoh, ia membolehkan para pengguna boleh membuka Pages dan Mail pada waktu yang sama.

Fungsi seumpama split-screen yang bakal diperkenalkan Apple ini dijangka akan berfungsi lebih kurang sama seperti pada Windows 8 ataupun pada Samsung TouchWiz.

Apple dijangka akan menawarkan ia sebagai sebahagian daripada iOS9, dan akan ditawarkan kepada pengguna iPad sahaja.

Selain daripada itu, Apple juga dikatakan sedang membangunkan fungsi untuk membolehkan lebih daripada seorang log masuk ke iPad yang sama. Fungsi ini dikatakan akan disertakan pada iPad Pro bersaiz 12-inci kelak.

Apple bakal mengadakan acara WWDC pada bulan Jun kelak, dimana mereka dijangka akan berkongsi beberapa perkara yang bakal dibawakan oleh iOS9 kelak.

Komen