Youtube Kini Menyokong Penstriman Secara Langsung Pada Resolusi 1080P 60 FPS

Youtube Kini Menyokong Penstriman Secara Langsung Pada Resolusi 1080P 60 FPS

Diterbitkan pada Mei 22, 2015 oleh .

Youtube stream

Juara penstriman permainan video pada PC dan konsol generasi terkini kini dimonopoli oleh Twitch. Youtube kini nampaknya cuba untuk mencabar Twitch dengan menyokong penstriman pada resolusi 1080P 60 FPS. Fungsi ini dicuba pada beberapa pengguna terpilih sebelum ini dan kini diaktifkan kepada semua pengguna. YouTube bekerjasama dengan pembangun ElGato dan XSplit, dua perakam dan alat penstriman permainan video bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Penstriman langsung ini dapat ditonton melalui mana-mana pelayar web yang menyokong HTML5. Pada peranti mobil ia akan diturunkan kepada 30 FPS.

Apa yang dilakukan oleh Youtube ini adalah percubaan yang menarik. Kami kerap menstrim permainan kami secara langsung apabila bermain menggunakan PlayStation 4 di rumah menggunakan Twitch. Bercakap tentang konsol, buat masa ini pihak Youtube masih belum mengumumkan bilakah kemampuan melakukan penstriman langsung melalui konsol PlayStation 4 dan Xbox One. Buat masa ini sokongan Youtube hanya setakat memuat naik rakaman permainan yang telah anda lakukan ke laman perkongsian video ini.


TIPS & ULASAN