Razer Firefly : Pad Tetikus Dengan Sistem Lampu LED 16.8 Juta Warna

Razer Firefly : Pad Tetikus Dengan Sistem Lampu LED 16.8 Juta Warna

Diterbitkan pada Mei 22, 2015 oleh .

Di kalangan peminat kustomasi komputer penggunaan lampu CCFL di dalam menara CPU adalah perkara biasa. Lampu pelbagai warga digunakan bagi menyerlahkan komponen yang digunakan di dalam komputer. Kemudian muncul pula trend menggunakan papan kekunci mekanikal dan tetikus berlampu untuk memberikan gaya yang agresif. Bagi pihak Razer mereka ini tidak memadai dan sebuah lagi komponen komputer perlu diberikan sentuhan lampu.

razer_firefly

Razer Firefly  ialah pad tetikus dengan sistem lampu LED yang memaparkan 16.8 juta warna. Lampu dapat dinyalakan dalam 5 corak berbeza iaitu Wave, Static, Spectrum Cycling, Breathing dan Reactive. Wave akan membuatkan lampu Firefly bergerak seperti ombak. Statik pula hanya memaparkan satu warna. Spectrum Cycling akan mengubah warna lampu setiap beberapa saat. Breathing membuatkan lampu berkelip terang dan gelap berulang kali. Akhir sekali di dalam mod Reactive lampu hanya akan menyala setiap kali butang tetikus ditekan. Pengguna boleh menetapkan corak kelipan lampu yang digemari oleh mereka mengikut mod. peribadi.

Pad tetikus penuh warna warni ini dijual pada harga $60 sebuah. Jika anda mahukan aksesori komputer yang unik dan terkini, inilah aksesori yang anda perlukan.


TIPS & ULASAN