Microsoft sejak daripada tahun lepas telah mengambil-alih beberapa aplikasi popular, termasuk Acomplii dan juga Sunrise. Terkini, dalam memudahkan lagi pengurusan tugasan, Microsoft turut dilaporkan berminat untuk mengambil-alih aplikasi Wunderlist.
Wunderlist merupakan salah satu aplikasi popular dalam arena to-do list ataupun dalam menguruskan senarai tugasan yang perlu dilakukan oleh anda dalam sesuatu hari atau minggu.
Microsoft dikatakan mungkin membayar sehingga $250 juta untuk mengambil-alih syarikat disebalik aplikasi Wunderlist ini.
Laporan mengenai pengambil-alihan ini juga hadir pada hari yang sama Sunrise – aplikasi kalendar yang diambil-alih oleh Microsoft mengumumkan integrasi menyeluruh dengan Wunderlist.