Action Mount : Cagak Tubuh Telefon Pintar Untuk Rakaman Aksi Lasak

Action Mount : Cagak Tubuh Telefon Pintar Untuk Rakaman Aksi Lasak

Diterbitkan pada Mei 23, 2015 oleh .

Bila melakukan aksi lasak kamera GoPro menjadi pilihan untuk merakam video. Ianya dipilih kerana tahan lasak serta terdapat pelbagai cagak yang dihasilkan bagi setiap situasi. Tetapi harga jualan GoPro adalah agak mahal. Majoriti pengguna sekarang sudah mempunyai peranti pintar dengan kamera yang mampu mengambil video dengan baik. Jadi mengapa tidak gunakan peranti pintar sahaja?

Action-Mount

Inilah idea disebalik Action Mount, cagak tubuh yang boleh memegang telefon pintar anda ketika melakukan aksi lasak. Cagak tubuh ini dipakai seperti rompi dengan telefon pintar dipasang pada bahagian dada. Terdapat dua pelekap getah yang melekap pada bahagian belakang peranti dan tali Velcro yang memastikan telefon pintar tidak terjatuh ketika digunakan. Action Mount direka untuk digunakan oleh semua jenis telefon pintar. Pada waktu yang sama ia juga boleh digunakan dengan kamera GoPro, kayu selfie dan juga tipod kamera biasa.

Harga jualan bermula dari $10. Turut dihasilkan ialah Action Mount versi kecil yang boleh dipakai di atas kepala.


TIPS & ULASAN