Cari @ Amanz

Minggu lalu kami paparkan peranti BluBoo X550 yang mempunyai bateri berkapasiti 5300 mAh. Ianya telefon pintar yang mempunyai kapasiti paling besar setakat ini. Tidak sampai seminggu rekod ini dipecahkan pula oleh Innos D6000, telefon pintar Android 5.0  dengan bateri berkapasiti 6000 mAh. Keunikan Innos ialah kapasiti 6000 mAh ini dicapai dengan menggunakan dua biji bateri. Sebuah bateri 2480 mAh terletak pada bahagian dalam peranti manakala sebuah lagi sebesar 3520 mAh yang boleh ditanggalkan. Apabila bateri luar ditanggalkan peranti masih boleh berfungsi seperti biasa. Dengan teknologi DuoCharge pula kedua-dua bateri Innos D6000 boleh dicas secara serentak dan pantas. Pihak Innos berkata peranti ini boleh beroperasi selama 3-5 hari tanpa perlu dicas

Innos-D6000-1

Dari segi spesifikasi peranti ini mempunyai skrin 5.2″ (1080p), pemproses  Snapdragon 615 (1.7 + 1.1 GHz lapan teras), RAM 3 GB dan muatan dalaman 32GB. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 16 MP dan kamera hadapan 5 MP. Dwi SIM LTE disokong begitu juga port pengecasan USB-C. Peranti ini sudah mula dijual di China pada harga sekitar RM 1045. Terdapat juga model dengan pemproses Mediatek dan 2 GB yang dijual pada harga kurang daripada RM 580.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd