OpenRA – Projek Yang Membangunkan Kembali Permainan Strategi Klasik Command & Conquer

Diterbitkan pada Mei 23, 2015. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bagi kebanyakkan pengguna dan pencinta permainan strategi, mungkin anda pernah memainkan permainan popular, Red Alert. Bersempena dengannya, salah satu projek baru yang kini dibangunkan adalah OpenRA, dimana menawarkan permainan berkenaan dalam versi sumber terbuka.

OpenRA membawakan saiz pemasangan sekitar 9MB sahaja, dan ketika memulakannya pada pertama kali, pengguna akan diberikan pilihan untuk memilih Red Alert, Tiberian Dawn dan juga Dune 2000.

Sebaik sahaja membuat pilihan, pengguna akan diminta untuk memuat-turun fail pemasangan asal untuk permainan berkenaan. Daripada percubaan kami, kami memilih Red Alert, dan ia memuat-turun fail sekitar 10MB secara percuma.

Open RA

Open RA

Selepas selesai muat-turun dan memasangnya, pemain kemudian boleh memainkan permainan strategi berkenaan pada komputer – sama ada dalam pilihan multiplayer bersama-sama pelbagai pemain lain di seluruh dunia, memainkan misi single-player, ataupun turut memilih memainkan multiplayer bersama-sama bot.

Seperti biasa, grafiknya tidak sehebat permainan zaman sekarang, dan ia mengekalkan nostalgia permainan berkenaan seperti versi asal permainan klasik Command & Conquer.

OpenRA ini ditawarkan untuk Windows, OS X, dan Linux, serta boleh turut dimuat-turun melalui Desura. Pembangun yang berminat juga turut boleh melihat kod sumbernya terus pada GitHub.

Muat-Turun OpenRA

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami