Cari @ Amanz

Pada beberapa bulan lalu salah satu program yang bertujuan mempercepat pembangunan startup telahpun bermula. Program Cyberview Living Lab Accelerator yang dikelolakan oleh WatchTower & Friends (CLLA-WTF) telahpun memulakan bengkel mereka dan Khamis lalu mereka mengadakan acara Demo Day dimana sebanyak 7 startup telah mendemonstrasikan projek mereka.

BUSttle – Aplikasi Perkongsian Kenderaan

CLLA-WTF -IMG_0280

logo-busttleDahulu kita kerap mendengar promosi berkenaan kongsi kereta untuk ke tempat kerja. Kini tiada lagi kempen tersebut. Mungkin lebih ramai yang suka untuk menggunakan kenderaan sendiri. Dengan projek ini, mereka mahu menawarkan ‘langganan’ perjalanan. Pada kadar bermula RM 50, pengguna akan mendapat kredit sebanyak 12 perjalanan. Menggunakannya, pengguna hanya perlu membuka halaman bustl.me dan memilih destinasi. Akan terdapat kenderaan yang akan mengambil penumpang dan membawa ke destinasi dan setiap perjalanan hanya dicaj RM 5. Namun buat masa ini perkhidmatan ini hanya tersedia untuk bandar Cyberjaya.

The Lorry – Portal Memudahkan Pencarian Lori Sewa

CLLA-WTF -IMG_0250

logo-thelorryMungkin bagi pembaca tegar Amanz sudah tahu mengenai The Lorry. Kami pernah berkongsi mengenai kisah disebalik permulaan The Lorry pada tahun lepas . Bagi mereka yang tidak mengetahuinya, The Lorry merupakan satu portal memudahkan pencarian lori sewa. Dengan tiga langkah sahaja, pengguna dapat mencari lori sewa yang diinginkan. Kini mereka mempunyai lebih pilihan termasuklah khidmat penyewaan dan penghantaran lori secara pantas dan juga kurier bermotosikal. Mereka juga turut memenangi hati para hadirin di aktiviti ini.

MakanSharing – Direktori Penggemar Masakan

CLLA-WTF -IMG_0287

logo-makansharingSekiranya anda seorang yang gemar mencuba makanan baru, kadangkala anda terpaksa mengembara jauh dan mungkin tidak menemui sesuatu yang baru. Portal Makansharing membolehkan penggemar makanan mencari tukang masak sama ada suri rumah, atau mereka yang mempunyai minat memasak tetapi ingin berkongsi resipi dan masakan bersama yang lain.

Pada portal ini, pengguna boleh mendaftar untuk menjadi cef dipanggil Cook ataupun mendaftar sebagai penggemar makanan dipanggil Foodie. Cook akan menyenaraikan makanan yang boleh dipesan dan akan menyediakan tempat. Foodie pula akan memilih untuk mencuba masakan tertentu dan akan hadir ke rumah atau tempat yang ditetapkan oleh Foodie.

Scholardeck – Portal Pencarian Biasiswa Pembelajaran

CLLA-WTF -IMG_0291

logo-square-tr-scholardeckDahulu kita perlu prihatin akan pengumuman permohonan biasiswa di suratkhabar. Kini selain dari hebahan tawaran biasiswa di laman sosial, portal Scholardeck menyediakan pelbagai maklumat berkenaan tawaran biasiswa. Pengguna hanya perlu memilih tahap pembelajaran yang memerlukan biasiswa, subjek pembelajaran serta lokasi pembelajaran tersebut akan dilakukan. Scholardeck akan menyenaraikan biasiswa yang bolah dipohon berdasarkan keperluan anda.

DEXT – Laman Direktori Perunding Kewangan

CLLA-WTF -IMG_0296

PrintKadangkala agak sukar untuk mencari Perunding Kewangan untuk membantu kita dalam merencana pengurusan wang. Kerap kali tidak mendapat maklumat sewajarnya dari perunding menjadikan pengguna alah dalam mendapatkan khidmat sebegini. Laman DEXT menyenaraikan Perunding Kewangan yang boleh membantu dalam industri kewangan seperti pembiayaan peribadi, insuran, unit amanah, wasiat dan lain-lain. Pelanggan boleh memilih mereka berdasarkan faktor lokasi, perkhidmatan ditawarkan mereka, ulasan berkenaan perunding kewangan tersebut dan juga terdapat paparan ‘Attributes’ bagi menjelaskan kebolehan mereka.

MoneyMatch – Aplikasi Penukaran Matawang Sesama Pengguna

CLLA-WTF -IMG_0304

logo-moneymatchJika pada beberapa minggu lepas terdapat aplikasi Currenseek yang ingin memudahkan pencarian Pengurup Matawang dengan nilai terbaik, aplikasi MoneyMatch mensasarkan pertukaran matawang diantara pengguna. Menggunakannya, pengguna hanya perlu mendaftar dan melihat kepada pengguna lain yang menawarkan tukaran matawang. Aplikasi ini disasarkan kepada mereka yang mempunyai baki matawang asing dan tidak ingin menukarnya di pengurup wang. Namun sedikit perhatian perlu diberikan kepada keselamatan dimana aplikasi ini menyarankan sebarang transaksi yang dilakukan perlulah di tempat yang selamat dan terbuka.

10469071_1563291540588201_1709241488030296490_o

LYL Tech – Startup Memfokuskan Pembangunan Kandungan Digital Untuk Imigran

logo-lylSatu lagi startup yang bernaung dibawah program ini adalah LYL Tech dan menariknya berbeza dengan yang lain, mereka menyasarkan golongan imigran. Mereka telah menghasilkan aplikasi Bangla Radio dan Indo Radio, dimana aplikasi sebegini disasarkan untuk imigiran dari Bangladesh dan Indonesia yang bekerja di Malaysia. Sepertimana yang kita tahu ramai pekerja dari luar negara dan menerusi aplikasi ini, mereka boleh mendengar lagu dan stesen radio dari negara mereka. Mereka juga akan hadir dengan aplikasi lain tidak lama lagi.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program Cyberview Living Lab Accelerator yang dikelolakan oleh WatchTower & Friends ini, anda boleh mengetahuinya dengan lebih lanjut di laman rasmi program ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd