Meizu Menjadualkan Acara Pengumuman Peranti Baru Pada 2 Jun – Meizu MX5?

Meizu Menjadualkan Acara Pengumuman Peranti Baru Pada 2 Jun – Meizu MX5?

Diterbitkan pada Mei 25, 2015 oleh .

Meizu telah memasuki pasaran tempatan secara rasminya pada tahun lepas, dimana mereka telah memperkenalkan beberapa peranti baru untuk pasaran tempatan – termasuK MX4 dan juga MX4 Pro. Kini, untuk tahun ini, mereka dijangka akan mengumumkan sebuah peranti baru, dimana ia dijangka akan diumumkan pada 2 Jun ini.

Meizu telah memulakan promosi untuknya, dan melalui perkongsian di Facebook, mereka memperlihatkan peranti baru ini akan menjadi flagship baru untuk tahun ini.

Meizu 2 Jun

Melalui teaser yang diperlihatkan, Meizu menunjukkan mereka mungkin melakukan sesuatu yang baru pada butang Home mereka – dimana desas-desus mengatakan ia mungkin menyertakan sokongan pengimbas cap jari padanya.

Selain daripada MX5, Meizu juga diura-ura akan memperkenalkan M1 Note 2 pada bulan Jun 2015 ini.


TIPS & ULASAN