Cari @ Amanz

Ketika dilancarkan pada tahun 2007 skrin iPhone adalah sebesar 3.5 inci. Sungguhpun saiz skrin iPhone kini sudah membesar sehingga 5.5″, kedudukan butang navigasi utama iPhone tidak berubah sejak 8 tahun yang lalu. Oleh sebab itu kedudukan butang back pada bucu atas sebelah kiri skrin kini semakin sukar untuk diakses oleh pengguna. Apple ada menyediakan mod khas iPhone 6 Plus yang membolehkan butang ini diturunkan ke bahagian tengah skrin. Sungguhpun begitu, butang back di dalam mod ini masih tidak cukup mudah untuk diakses sekiranya anda mempunyai jari yang pendek.

Menyedari hakikat ini Halo Back dihasilkan.Ianya pelindung skrin kaca tahan lasak merangkap butang back untuk iPhone anda. Tiada aplikasi khas perlu dipasang pada peranti untuk mengaktifkan fungsi ini. Hanya pasal Halo Back pada skrin iPhone anda dan buku kiri sebelah bawah pelindung skrin ini akan automatik menjadi butang back peranti anda. Kini jari tidak lagi terseksa untuk menekan butang back di bahagian atas. Halo Back dihasilkan hanya untuk iPhone 6 dan 6 Plus sahaja setakat ini dengan harga bermula dari $12 sekeping. Harga yang sangat munasabah bagi memudahkan penggunaan iPhone anda.

Halo-Back-2

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd