Logitech Memperkenalkan 2015 Play Collection Mice – Tetikus Dengan Rekaan Ceria Dan Warna-Warni

Logitech Memperkenalkan 2015 Play Collection Mice – Tetikus Dengan Rekaan Ceria Dan Warna-Warni

Diterbitkan pada Mei 25, 2015 oleh .

Logitech merupakan salah satu pengeluar aksesori terkemuka untuk komputer, dan hari ini, Logitech Malaysia secara rasminya mengumumkan pengenalan 2015 Logitech Play Collection di Malaysia. Melaluinya, ia membawakan siri tetikus dengan yang berwarna-warni serta membawakan rekaan dengan konsep ceria.

Logitech mengatakan dengan pengenalan 2015 Play Collection ini, mereka inginkan para pengguna berasa ceria setiap kali menggunakan komputer mereka. Untuk tahun ini, mereka memilih model Logitech® Wireless Mouse M238 dan menambah ia dengan rekaan warna-warni yang ceria.

2015 Logitech Play Collection

Tetikus yang ditawarkan adalah tetikus tanpa-wayar, dan bateri terbina padanya membolehkan pengguna menggunakan ia selama 12 bulan, selain boleh digunakan jarak sehingga 10 meter jauhnya.

Logiteci 2015 Play Collection Mice ini akan ditawarkan di Malaysia bermula bulan Jun ini pada harga RM69.


TIPS & ULASAN