Dropbox merupakan salah satu perkhidmatan storan awan yang digunakan secara meluas, malah terdapat beberapa peranti Android yang dijual dengan aplikasi tersebut hadir terbina. Terkini, pihak Dropbox telah mula menawarkan kemaskini kepada para pengguna Android seluruh dunia dengan kemaskini rekaan antaramuka aplikasi berkenaan.
Melalui rekaan antaramuka baru ini, Dropbox menggunakan elemen Material Design yang ditekankan oleh Google sejak pengenalan Android 5.0 Lollipop tempoh hari.
Seperti beberapa aplikasi lain, pengguna boleh mengakses menu dengan tap pada bahagian tepi, selain boleh menambah fail baru melalui butang bulat yang hadir pada bahagian bawah-kanan. Bersama-sama pengenalan ini, Dropbox juga turut menyertakan beberapa elemen animasi dalam menjadikan aplikasi berkenaan lebih menarik lagi.
Bagi anda yang menggunakan Dropbox, anda akan menerima kemaskini ini tidak lama lagi memandangkan pihak Dropbox memilih untuk memperkenalkannya secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia.
- Muat-Turun Dropbox untuk Android