Cari @ Amanz

Semakan menggunakan menu USSD – dimana menu yang didail pada telefon menggunakan awalan * (bintang) dan akhiran (#) merupakan salah satu perkara yang lebih diminati ramai jikalau dibandingkan dengan penggunaan panggilan suara ataupun SMS. Kebiasaannya, ia digunakan untuk membuat semakan baki telefon dan berkaitan dengannya, tetapi pada masa yang sama juga ia boleh digunakan untuk semakan berkaitan perkhidmatan kerajaan.

Dinamakan sebagai myGovMobile, anda boleh membuat semakan untuk beberapa perkhidmatan kerajaan menggunakan perkhidmatan USSD khusus – iaitu dengan mendail *158#.

myUSSD

Apabila mendail *158#, anda akan diberikan dengan pilihan menu untuk pilih perkhidmatan kerajaan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai agensi yang disediakan, dan antara yang popular adalah termasuk untuk menyemak saman JPJ, menyemak status MARA, meyemak keputusan peperiksaan dan sejumlah perkhidmatan menarik yang lain.

Buat masa ini, perkhidmatan ini hanya ditawarkan untuk pengguna Celcom, Digi dan Maxis sahaja. Seperti biasa, semua pengguna telefon mudah-alih boleh menggunakannya tanpa perlu melakukan pendaftaran dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, berbeza dengan perkhidmatan USSD untuk telekomunikasi yang ditawarkan secara percuma, untuk perkhidmatan myGov Mobile melalui USSD ini, ia mempunyai caj penggunaan sebanyak 35 sen untuk penggunaan sehingga 2 minit pertama.

myGOV MyUSSD

myGOV MyUSSD

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd