Samsung Memfailkan Paten Untuk Komputer Riba Dwi-OS Yang Boleh Di Dock Dengan Phablet

Samsung Memfailkan Paten Untuk Komputer Riba Dwi-OS Yang Boleh Di Dock Dengan Phablet

Diterbitkan pada Mei 26, 2015 oleh .

Terdapat beberapa peranti berbentuk hibrid pada hari ini, terutamanya daripada Asus yang mana mereka menawarkan Padfone – membolehkan telefon di hubungkan ke skrin besar dan mengubahnya menjadi tablet. Selain Asus, terdapat beberapa syarikat dengan fokus lebih kurang sama, dan seperti biasa, Samsung turut tidak ingin ketinggalan dalam arena peranti hibrid.

Terkini, mereka telah menerima paten daripada Amerika Syarikat untuk komputer-riba yang membolehkan phablet di dock padanya, selain pada masa yang sama menawarkan sokongan dwi-sistem operasi.

Samsung Notebook Phablet

Secara kasar, mungkin kita akan dapat melihat Samsung menawarkan sistem operasi Android pada mod telefon, sebaliknya mengubah ia kepada Windows apabila di dock. Perkara ini tidak mustahil memandangkan mereka sedia bekerjasama dengan Microsoft untuk Galaxy S6 sebelum ini – dimana pelbagai aplikasi Microsoft disertakan terbina. Tetapi, sebagai alternatif, ia juga tidak mustahil untuk pihak Samsung menawarkan platform operasi Tizen, ataupun gabungan Android dan Chrome OS.

Jikalau produk ini dipasarkan oleh Samsung, ia mungkin ditujukan kepada para pengguna perusahaan, dan pada masa yang sama tidak perlu risau akan sambungan WiFi, memandangkan boleh menggunakan phablet untuk akses internet. Pada masa yang sama, susunan dock juga memperlihatkan kemungkinan phablet digunakan sebagai trackpad untuk komputer riba.

Seperti biasa, ini hanya sekadar paten sahaja, dan terdapat kemungkinan besar yang mana produk ini tidak dipasarkan langsung.


TIPS & ULASAN