Carian
Gambar Asus ZenPad 8 Tertiris – Dilengkapi Cip Intel, Dijangka Diumumkan Pada Computex 2015
May 26, 2015 Aman

Dengan Computex menyusul pada minggu hadapan, beberapa peranti baru dijangka akan diperkenalkan, dan salah satunya adalah keluarga tablet baru daripada Asus, iaitu Asus ZenPad. Tablet Asus ZenPad ini dijangka akan dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel, dan ia dijangka hadir dalam beberapa variasi.

Asus Zenpad 8

Salah satu daripadanya yang tertiris hari ini adalah Asus ZenPad 8. Ia membawakan skrin dengan nisbah 4:3 – yang mana menjadi pilihan ramai pengeluar tablet akhir-akhir ini. Dari segi resolusi, ia dikatakan akan hadir dengan skrin pada resolusi 2048×1536 pixel, da seperti biasa dilengkapi dengan sistem operasi Android serta antaramuka ZenUI.

Daripada gambar yang tertiris, pada bahagian belakang, selain daripada kamera serta ruangan yang dilihat seumpama ruangan kad-SD, pihak Asus juga dilihat menyertakan rekaan seumpama kulit – berkemungkinan ingin memberikan pengalaman yang baik apabila pengguna memegang peranti tersebut ketika bacaan atau melayari web.

Selain daripada Asus ZenPad 8 ini, Asus juga dijangka akan memperkenalkan ZenPad 7 yang mana mungkin membawakan spesifikasi sedikit rendah berbanding ZenPad 8 ini.

Komen