Cari @ Amanz

Pengambil-alihan dalam industri teknologi ini bukan sesuatu yang baru. Pelbagai syarikat yang sering berbincang antara satu sama lain untuk tujuan pengambil-alihan ini, dan pada masa yang sama mengukuhkan portfolio dan penawaran masing-masing. Terkini, mengikut laporan terbaru, Twitter dikatakan pernah berbincang dengan Flipboard untuk tujuan pengambil-alihan.

Flipboard merupakan salah satu aplikasi yang memaparkan pelbagai artikel web dalam bentuk paparan seumpama majalah, dan disertakan secara terbina pada beberapa peranti mudah-alih. Ia mempunyai angka pengguna yang tinggi, terutamanya yang berminat untuk mengikuti sesuatu topik yang diminati mereka terus pada peranti mudah-alih mereka dalam paparan yang cantik dan kemas.

Twitter sebelum ini pernah dikaitkan ingin menyertai arena penerbitan digital, dan pernah mencuba untuk mengambil-alih beberapa syarikat lain. Pengambil-alihan Flipboard ini mungkin memberikan salah satu kelebihan kepada mereka, dan pada masa yang sama mendapatkan lebih ramai pengguna aktif untuk perkhidmatan mereka.

Menurut Re/code, perbincangan antara Twitter dan Flipboard ini telah melalui beberapa fasa dan mencapai nilai perbincangan sehingga $1 bilion, tetapi ia tidak lagi diteruskan buat masa ini.

Twitter buat masa ini beberapa anak syarikat dan perkhidmatan dibawah mereka, dan antara yang popular adalah termasuk Vine dan Periscope. Adakah Flipboard akan turut memasuki dibawah portfolio penawaran mereka?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd