Cari @ Amanz

Resident-Evil-Zero-Remastered

Resident Evil Zero ialah prekuel kepada Resident Evil. Permainan video ini dikeluarkan pada tahun 2002 hanya untuk konsol Nintento Gamecube. Memandangkan konsol ini bukanlah konsol yang popular tidak ramai orang pernah memainkannya. Seperti Resident Evil, Resident Evil Zero turut akan dihasilkan semula di dalam versi remastered. Versi ini akan boleh dimainkan pada PlayStation 3, PlayStation 4, Xbox 360, Xbox One dan PC. Penjualan dilakukan pada tahun hadapan bermula di Jepun. Versi antarabangsa dijangka akan menyusul sama seperti apa yang dilakukan oleh Capcom untuk Resident Evil Remastered.

Penghasilan semula permainan lama dalam versi HD dianggap sebagai taktik pemalas oleh pengeluar untuk mengaut keuntungan dari peminat permainan komputer yang merindukan nostalgia. Secara peribadi kami tidak merasakan ianya taktik pemalas. Sama seperti filem yang dahulunya ditonton dalam versi VHS dan DVD, filem yang dijual semula dalam versi HD BluRay sangat kami alu-alukan. Kami berharap NAMCO pula akan mengikut jejak Capcom dan menghasilkan versi HD kesemua permainan Ace Combat. Kami pasti membelinya

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd