Spigen Tough Armour : Cangkerang Tahan Lasak Untuk Apple Watch

Spigen Tough Armour : Cangkerang Tahan Lasak Untuk Apple Watch

Diterbitkan pada Mei 26, 2015 oleh .

Selalunya cangkerang dihasilkan untuk peranti pintar dan tablet. Ianya dibeli bagi memastikan peranti tidak mudah rosak sekiranya terjatuh. Ini juga memastikan harga jualan semula di masa hadapan adalah lebih tinggi. Tetapi dengan wujudnya jam pintar sejak kebelakangan ini, cangkerang khas juga mula dihasilkan untuk peranti boleh pakai.

Spigen Touch Armour ialah cangkerang tahan lasak untuk Apple Watch. Ia diperbuat daripada bahan polikarbonat, TPU dengan pelindung skrin terbina. Keseluruhan tubuh Apple Watch dilindungi dari calar dan hentakan. Sekilas pandang cangkerang ini kelihatan seperti rekaan jam tangan Casio G Shock. Terdapat pelbagai pilihan warna dan saiz untuk cangkerang ni dengan harga bermula dari $24.99 sebuah.

Spigen-Touch-Armour-Apple-Watch


TIPS & ULASAN