Isocase : Cangkerang Mengubah Peranti Pintar Anda Menjadi Tablet

Isocase : Cangkerang Mengubah Peranti Pintar Anda Menjadi Tablet

Diterbitkan pada Mei 26, 2015 oleh .

Di pasaran sekarang hanya peranti keluarga Padfone yang dikeluarkan oleh Asus mempunyai kemampuan berubah menjadi tablet. Telefon pintar dimasukkan ke dalam dok Padfone Station yang kemudian secara automatik mengubah telefon menjadi tablet. Kami pernah mengulas Padfone 2 beberapa tahun yang lalu dan merasakan ia idea yang menarik. Sungguhpun begitu rekaan hibrid inovatif ini tidak mendapat tempat di kalangan pengguna. Kali terakhir peranti Padfone dihasilkan ialah pada tahun lalu dengan Padfone Mini dan Padfone Infinity Lite.

isocase-1

Sekiranya anda mahukan kemampuan menukar telefon pintar anda menjadi tablet tetapi tidak mahu menggunakan peranti Padfone kini cangkerang Isocase wujud untuk keperluan anda. Seperti Padfone Station, peranti dimasukkan kedalam Isocase dan secara automatik berubah menjadi sebuah tablet dengan skrin 7.9″. Bateri terbina sebesar 10000 mAh memastikan peranti anda boleh berfungsi dengan lebih lama dengan Isocase. Selain daripada itu Isocase juga direka untuk kalis air dan debu. Buat masa ini Isocase direka untuk digunakan oleh peranti iPhone bermula dari iPhone 4 sehingga 6 plus dan Samsung Galaxy S4 sehingga S6 Edge. Dengan harga jualan sekitar $149 ianya alternatif lebih murah dari membeli sebuah tablet sebenar.

Isocase-3 isocase-2

 

 


TIPS & ULASAN